DAP dan Amanah punca PAS tidak hadir pelancaran PPBM

Justeru, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ketiadaan wakil pimpinan parti itu bukan disebabkan ingin bersengkongkol dengan BN atau sayang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM.

“Kita tidak hadir kerana kebetulan sebahagian kami ada urusan lain, saya dapat tahu Tun M mengatakan PAS seolah-olah hanya berpura-pura melawan UMNO dan nak pecah belahkan undi supaya BN menang,” jelasnya, memetik laporan Sinar Harian Online.

Ironinya, pucuk pimpinan DAP termasuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga tidak kelihatan pada majlis berkenaan kerana dikatakan sedang menghadiri acara parti di luar Lembah Klang pada malam berkenaan.

Satu-satunya kelibat pemimpin DAP yang hadir hanyalah Naib Presidennya, Teresa Kok selain Datuk Mahfuz Omar yang hadir atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili PAS.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, pihaknya kecewa tuduhan dan dakwaan dilempar kepada PAS kerana isu ‘tidak hadir’ tersebut termasuk seolah-olah menghina Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang keseluruhannya.

“Tun (M) tak patut katakan demikian kerana ahli PAS dah banyak jadi mangsa kezaliman UMNO dan BN,” katanya lagi.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri