Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mempersoalkan adakah Adenan akan mengabaikan 29 peratus pengundi Cina di Sarawak sekiranya SUPP tewas dalam PRN Sarawak nanti.
“Sesiapa sahaja yang memahami asas bahasa Inggeris akan melihat bahawa ia adalah kenyataan perkauman.
“Adakah dia akan melaksanakan dasar-dasar yang bertentangan dengan Cina?,” soal Chong dalam sidang media DAP di Kuching di sini.
Adenan baru-baru ini ketika berkempen menyeru rakyat Sarawak mengundi SUPP jika mereka mahu melihat Timbalan Ketua Menteri Cina dalam kabinet negeri.