DAP berpuas hati projek cili RM19 juta KBS

Menurut Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Saravanan selepas bermesyuarat selama lebih satu jam hari ini.

“Terdapat banyak isu-isu untuk tindakan susulan tetapi hari ini saya berpuas hati,” kata Ong kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Ong sebelum ini mendakwa terdapat konflik kepentingan, berikutan pembayaran RM19 juta daripada kerajaan kepada yayasan MIC berkaitan program penanaman cili.

Saravanan bertindak balas dengan menjemput pemimpin DAP itu untuk datang ke Yayasan Naam dan meneliti sendiri rekodnya.

Antara tindakan susulan, Ong berkata, beliau mahu maklumat mengenai 129 peserta program fertigasi cili yang kini mengendalikan ladang mereka sendiri.

Ini supaya sesiapa yang berminat menyertainya boleh menyemak secara langsung dengan peladang, katanya.

Ong juga mengakui beliau “tertarik” dengan kemas-kini rekod Yayasan Naam yang ditunjukkan kepadanya yang beliau tidak jangka akan melihat.

Sebelum ini, Saravanan menjelaskan dana RM19 juta itu datang dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membantu belia India yang miskin.

Katanya, beliau meminta peruntukan dana berkenaan diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk mengelakkan sebarang dakwaan salah guna dana.

Dana RM19 juta itu bukan sahaja digunakan untuk program fertigasi ladang cili, tetapi untuk semua program latihan dan kemahiran di bawah Yayasan Naam yang merangkumi program kejuruteraan mekatronik, automotif, elektrik, pendawaian, kecantikan dan pertanian.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia