Perkara itu dimaklumkan Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Georgetown, pada Ahad.
Guan Eng, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan PKR yang tidak bersetuju untuk melaksanakan cadangan berkenaan.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira cadangan PKR yang mahu mengambil dua kerusi disandang DAP, sekiranya mahu persetujuan parti itu untuk melaksanakan syor berkenaan.
“DAP sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan dikemukakan PKR, selain berpandangan ia tidak relevan untuk dilaksanakan.
“Justeru, DAP tidak akan teruskan cadangan untuk mengadakan PRN dan ia dimuktamadkan selepas rundingan mengenainya dibuat bersama kepemimpinan DAP Pulau Pinang dan Pusat,” katanya.- Berita Harian Online