Parlimen Sungai Siput sejak dua penggal lalu dipegang oleh wakil rakyat Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr. Michael Jeyakumar.
Tindakan DAP yang meletakkan calon di kerusi itu menimbulkan persoalan ekoran akan berlaku bertembung dengan PSM yang mana merupakan pemilik tradisi kerusi itu.
“Kerusi itu sebenarnya milik DAP, dan kami membenarkan kerusi itu ditandingi oleh PSM sejak tiga PRU lalu.
“Kali ini DAP akan meletakkan calon dengan mengutamakan calon India yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat tempatan di Sungai Siput,” katanya.
Ujar Sivanesan, beliau bersedia bertanding di Sungai Siput sekiranya mendapat mandat pengurusan tertinggi parti DAP nanti.
“Sekiranya Dr. Jayakumar mahu bertanding di kerusi ini, DAP bersedia mempertimbangkan permohonannya,” katanya lagi.- Tamil Nesan