Dalang Pendrive : ‘Dia orang atasan FAM’

Mendakwa dia tahu siapa individu itu, bintang bola sepak era 70 dan 80-an itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama nya sebaliknya menyerahkan kepada FAM untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Itu awak (media) kena tanya Datuk Hamidin (Mohd. Amin, Setiausaha Agung). Saya fikir FAM akan ambil tindakan untuk mendedahkan siapakah yang membocorkan maklumat mengenai badan induk tersebut,” katanya, memetik Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan sekiranya FAM tidak mendedahkan nama individu berkenaan maka dia tidak teragak-agak untuk memberitahu pembocor maklumat tersebut kepada umum.

“Jika FAM tidak dedahkan saya tiada masalah untuk memberitahu siapa pembocor maklumat itu. Individu tersebut mungkin dari kalangan pengurusan teknikal ter­tinggi FAM. Individu tersebut juga bersama orang luar maksud saya bergaul dengan orang berpe­ngaruh dalam bola sepak tempatan.

“Lagi satu, individu itu juga bersekongkol dengan salah seorang jurulatih yang tidak bekerja dengan FAM,” dakwanya lagi.

Terdahulu, tanda tanya mengenai individu yang membocorkan maklumat FAM kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih lagi menjadi teka teki.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya akan menyiasat dalang berkenaan.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2