Dakwaan RM90j semata-mata berdasarkan ‘curiga’

Namun Clare menegaskan, pihaknya melaporkan berita itu ekoran ia telah disebarkan secara meluas sebelum ini.

“Pas tidak patut salah tafsir. Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, beberapa rakyat Malaysia yang ada talian rapat dengan orang ternama telah memberitahu perkara ini kepada saya.

“Mengapa Pas bayangkan sebaliknya? Ia adalah apabila Pas tiba-tiba mesra kepada sebuah parti seperti Umno yang diketuai presiden ‘King Of Cash’. Jadi sesiapa yang tiba-tiba rapat mesti timbul syak wasangka,” katanya memetik laporan sebuah portal.

Semalam, Pas menegaskan pihaknya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web tersebut berhubung laporan yang mendakwa pimpinan tertinggi parti itu menerima RM90 juta daripada Najib selain menyifatkan laporan berkenaan merupakan berita palsu dan berniat jahat terhadap parti Islam itu.

Terdahulu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu Pas agar menjauhi gabungan pembangkang dengan menyatakan Najib mengalirkan sebanyak RM90 juta kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini bagi tujuan tersebut. – Sinar Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia