Dakwaan Ku Li dalang guling Najib hanya cerita rekaan Tun Mahathir

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata sebagai Ahli Parlimen beliau dan juga rakan-rakan lain daripada UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah tahu mengenai perkara itu.

“Saya tidak melihat apa-apa berita (dakwaan Tun Mahathir seperti apa) yang disebarkan. Tidak ada sama sekali.

“Rakan-rakan saya dan rakan sekerja dari ahli parlimen lain dari UMNO dan BN tidak bercakap tentang perkara ini.

“Saya akan tahu kalau ia memang ada (tapi) tak ada langsung. Semua berita ini dicipta oleh Mahathir,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen di sini, hari ini.

Tun Mahathir baru-baru ini mendakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li sebagai dalang yang mewujudkan gerakan bagi menjatuhkan Najib melalui undi tidak percaya.

Dakwaan tersebut dibuat selepas melihat Ku Li bersama barisan kepemimpinan UMNO Kelantan mengisytiharkan sokongan kepada Najib melalui Deklarasi Kelantan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri