Dadah bernilai RM500,000 dirampas

Pengarahnya, Datuk Dr Janathan Kandok berkata, dadah itu disembunyikan dalam beg pakaian seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun ketika melalui kaunter pemeriksaan kastam di KKIA selepas tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 2.50 petang.

“Ketika beg suspek diimbas, anggota kastam mendapati ada imej mencurigakan dan meminta lelaki berkenaan membuka beg itu.

“Dadah berkenaan dijumpai dalam satu paket minuman teh Cina yang disimpan di celah pakaian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Dr Janathan, berikutan penemuan itu, lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia