D’Herbs sah taja pasukan Kedah 3 tahun

Alif Syukri berkata, pihaknya bersetuju menaja pasukan Kedah dengan jumlah tajaan sebanyak RM30 juta untuk tempoh 3 tahun.

Majlis perasmian bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) juga katanya akan diadakan pada masa terdekat dan satu majlis besar-besaran akan diadakan di Kuala Lumpur untuk meraikan jalinan kerjasama yang dimeterai tersebut.

“Saya bersetuju untuk menaja pasukan Kedah selama tiga tahun dan jumlah yang diminta oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) adalah sebanyak RM30 juta,” katanya, memetik laporan Sinar Online.

“Saya berharap tajaan ini dapat mengkomersialkan jenama pasukan, baikpulih stadium dan membangunkan pembangunan di peringkat akar umbi. Semua pihak sudah bersetuju dan kita hanya akan menunggu majlis perasmian dan pelancaran sahaja selepas ini,” katanya pada sidang media, pada Sabtu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menaja pasukan yang dikenali Hijau Kuning untuk jangka masa lebih panjang selepas ini berikutan melihat kepada potensi semasa pemain-pemain muda yang akan lebih menyerlah pada masa hadapan.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2