Cuti lima hari untuk Deepavali 2016

Cuti itu juga dijangkakan bermula 28 Oktober hingga 1 November ini mengikut laporan cuti persekolahan bersempena musim perayaan tahun ini.

Selepas cuti penggal kedua yang panjang untuk musim persekolahan, inilah kali pertama cuti panjang selama lima hari akan diluluskan kerajaan untuk perayaan Deepavali kali ini.

Dalam pada itu, sebuah NGO mempersoalkan cuti sehari untuk pelajar india yang mengikuti program Matrikulasi menjelang Deepavali kali ini.

“Adalah tidak wajar sekiranya kolej matrikulasi membenarkan hanya cuti sehari untuk penuntut India, kerana mereka perlu meluangkan masa dengan keluarga dan sanak saudara pada hari mulia itu.

“Jika cuti sehari ia tidak akan membolehkan pelajar bersama keluarga mereka yang tinggal jauh. “Jika cuti 7 hari diberikan untuk Aidilfitri dan Tahun Baru Cina , kenapa tidak untuk Deepavali?

“Cuti sehari akan menyakitkan pelajar kerana tak dapat merayakan Deepavali, harap pihak pengurusan matrikulasi meneliti permintaan ini,” menurut NGO itu.

Sepucuk surat telah dihantar kepada Kementerian yang berwajib untuk tindakan sewajarnya. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal