Curi enam paket Milo, penjara 15 hari

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu ke atas Aw Man Chong, 57, selepas dia mengaku bersalah mencuri enam paket Milo bernilai keseluruhannya RM73, di pasar raya UO Superstore Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada 9.05 malam, 7 Ogos lepas.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Ogos, 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes tertuduh ditangkap di kaki lima di pasar raya itu selepas keluar tanpa membuat bayaran di kaunter.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia tidak bekerja dan mengalami sakit tulang belakang.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan mengambil kira rekod lampau tertuduh yang mempunyai 11 kesalahan dadah, satu kes curi dan satu kes rompak. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia