Keputusan di Etihad itu begitupun jelas bukan penamat yang diharapkan buat City yang dikemudi pengurus, Manuel Pellegrini buat kali terakhir, musim ini.
Pellegrini bakal digantikan dengan Pep Guardiola oleh City pada musim depan.
Sekali pun sekadar mencatat keputusan seri, ia begitupun sudah mencukupi buat City yang memiliki kelebihan perbezaan gol yang besar seandainya musuh tetangga, Manchester United turut mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir.
Begitupun, perlawanan terakhir United bertemu Bournemouth, malam tadi terpaksa ditunda atas ancaman keselamatan.
Kedua-dua musuh tetangga itu ketika ini dibezakan dengan 18 gol. Segala-galanya tampak berjalan seperti dirancang buat City pada awalnya selepas terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Kelechi Iheanacho seawal minit kelima perlawanan.
Begitupun, kegagalan mereka untuk menyempurnakan beberapa peluang terhidang membuka peluang buat Swansea menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri tuan rumah selepas sepakan percuma Andre Ayew terkena kepala Fernando, sekali gus mengecewakan Joe Hart. – Reuters