Jurucakap Polis Orlando, Wanda Ford berkata, suspek seorang lelaki bersenjatakan dua pistol berjalan ke arah Christina yang sedang menandatangani autograf malam tadi dan menembaknya.
Suspek kemudiannya menembak diri sendiri selepas abang Christina menyerangnya.
Peserta The Voice itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan disahkan mati beberapa jam kemudian.
“Dengan berat hati kami sahkan Christina telah meninggal dunia dan bersama Tuhan,” kata wakil, Heather Weiss dalam satu kenyataan.
Pihaknya juga meminta agar semua pihak menghormati keluarga dan rakan mendiang.
Sebelum ini, Christina memenangi tempat ketiga The Voice musim keenam di mana bakatnya dicungkil melalui Youtube.
Sehingga kini polis masih belum mengesahkan identiti suspek atau mendedahkan motif serangan.