Chong Wei, Azizulhasni mampu raih emas pertama negara

Menurutnya, kedua-dua atlet itu yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan Olimpik selepas ini mempunyai pengalaman luas untuk mencipta sesuatu pada akhir penyertaan mereka.

“Malaysia perlu menunjukkan peningkatan daripada pungutan pingat perak dan gangsa pada Olimpik London 2012 dan 32 atletnya perlu membuktikan keupayaan mereka di Rio,” katanya kepada pemberita di Rio De Janeiro pada Jumaat.

Selain Chong Wei, Azizulhasni dan pemenang pingat gangsa, Pandelela Rinong dalam acara terjun, Mohamed Al Amin turut tidak mengenepikan peluang pasukan memanah lelaki.

Beliau berkata, kedatangan lebih awal ke Rio adalah langkah bijak kerana kesemua atlet Malaysia dapat menyesuaikan diri dengan cuaca dan keadaan venue pertandingan. – Bernama

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2