Beliau berkata demikian sebagai menjawab tweet peguam Syahredzan Johan yang mendakwa individu dari Umno berkongsi carta yang menunjukkan pertalian darah antara Lim dengan kedua-dua pemimpin itu.
Turut dinamakan dalam carta tersebut ialah anak Kit Siang yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, serta beberapa pemimpin DAP yang lain termasuk Teresa Kok, Tony Pua, Anthony Loke, Ngeh Koo Ham dan Nag Kor Ming.
Selain pemimpin DAP, turut tersenarai sama ialah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Parti Amanah Negara (Amanah).
Kit Siang menyalahkan mereka yang menyebelahi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai bertanggung jawab melakukannya.
“Selain daripada Guan Eng, saya tidak tahu bagaimana boleh terpalit dengan semua personaliti yang dinamakan,” ujar anggota Parlimen Gelang Patah itu pada sidang akhbar di Pulau Pinang, petang ini.
Lim menegaskan bahawa Chin Peng atau Ong Boon Hua yang dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 12 Oktober 1924 adalah berketurunan Hockchia.
Sedangkan mendiang Lee yang dilahirkan di Singapura pada 16 September 1923 adalah berketurunan Hakka, jelas Kit Siang.
“Saya, berketurunan Hokkien dengan dilahirkan di Batu Pahat (Johor) pada 20 Februari 1941.
Chin Peng telah meninggal dunia di Hospital Bangkok pada tahun 2013 manakala Lee pula meninggal dunia di Hospital Besar Singapura dua tahun selepas itu.