CEO sedia lepaskan sebahagian pegangan saham Rayani Air

Memetik laporan portal mStar, Ravi yang juga pemilik Rayani Air berkata, kekurangan dana merupakan antara faktor utama syarikat penerbangan itu berdepan dengan masalah sehingga timbul tindakan mogok juruterbang mereka baru-baru ini.

“Saya bukan menjual sepenuhnya tetapi saya akan membiarkan mereka (pelabur) mengembangkan syarikat.

“Mana-mana pihak yang mahu melabur dan mengembangkan syarikat, kita sedia (melepaskan sebahagian pegangan),” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam, baru-baru ini.

“Saya merupakan pemilik Rayani Air dan sekarang mempunyai 100 peratus pegangan saham, tetapi kita sedia melepaskan sebahagiannya.”

Ravi berkata, terdapat empat pelabur dengan tiga daripadanya merupakan syarikat tempatan dan satu syarikat asing menyatakan minat untuk melabur dalam syarikat tersebut namun pihaknya perlu meneliti terlebih dahulu cadangan mreka.

“Saya dan isteri serta warga kerja Rayani Air sayangkan syarikat ini. Kami mahu ia terus bergembang dan kekal relevan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kesemua pelabur itu membuat tawaran untuk memiliki sekurang-kurangnya 51 peratus pegangan saham Rayani Air.

“Kita bersedia untuk melepaskannya. Bagaimanapun, kita perlu teliti terlebih dahulu dengan janji, pihak berkenaan akan melabur dan mengembangkan syarikat,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia