CEO anak syarikat Tabung Haji didakwa pecah amanah

Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Latfi, 52, mengaku tidak bersalah dan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di pejabat THHE Fabricators Sdn Bhd, Tingkat 23, Tower B, Menara UOA, Bangsar, Nombor 5, Jalan Bangsar Utama 1, di sini, antara Jun dan Oktober 2013.

Dakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 15 Mac ini.

Sebelum ini, kes berkenaan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak tahun lepas dan suspek pernah ditahan reman November lalu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap