CCTV rakam wanita kencing dalam lif

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, wanita itu kini bukan sahaja menerima kecaman netizen, malah pihak berkuasa turut menggunakan rakaman CCTV untuk mengesan wanita itu dan juga rakannya yang turut berada dalam lif berkenaan.

Memetik laporan sama, ‎wanita itu dikatakan masuk ke dalam lif yang kosong bersama rakan lelakinya dan terus duduk mencangkung membuang air di lantai lif sementara rakannya menunggu di hadapannya.

Sesudah menyelesaikan ‘urusannya’, lelaki dan wanita tersebut keluar secara tergesa-gesa dari lif.

Insiden tersebut yang mengambil tempat ‎di sebuah pusat beli-belah di bandar besar itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang terus menerus menggesa pihak berkuasa mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pasangan tersebut.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah