Anggota SAR diingatkan waspada ancaman buaya
Anggota keselamatan yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, dinasihatkan berwaspada dengan ancaman buaya.
Anggota keselamatan yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, dinasihatkan berwaspada dengan ancaman buaya.
Satu lagi mayat dipercayai mangsa nahas insiden helikopter malang pada Khamis ditemui pasukan mencari dan menyelamat di Lingga, Batang Lupar.
Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Pasir Panjang, pada 2 pagi, Sabtu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laluan yang digunakan helikopter malang Eurocopter AS350, yang terhempas berhampiran Sungai Batang Lupar di Sebuyau kelmarin adalah laluan normal dan selamat untuk helikopter.
Mayat pertama nahas helikopter yang ditemui pada Jumaat sah merupakan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, pada mulanya tidak mahu menaiki helikopter kerana berasa tidak sedap hati sebaliknya lebih rela menggunakan kereta walaupun jarak perjalanan memakan masa panjang.
Pasukan penyelamat menemui mangsa pertama di tebing Sungai Batang Lupar tidak jauh dari lokasi serpihan ditemui jam 12 tengah hari tadi.
Serpihan helikopter yang hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching telah ditemui di tepi Sungai Batang Lupar, pada Jumaat.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan sepatutnya menaiki helikopter yang hilang semalam, namun sebaliknya beliau diminta menaiki helikopter lain bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Fokus pencarian helikopter yang dipercayai hilang akan tertumpu di tiga daerah iaitu Sri Aman, Simunjan dan Betong, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman.