Gangguan LRT: SPAD lantik juruaudit teknikal bebas
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melantik juruaudit teknikal bebas dengan segera untuk melaksanakan penilaian terhadap aspek-aspek kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan, keselamatan dan keupayaan operasi Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.