Politik

Dr Mahathir masih sayang Umno, cuma anti Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui masih sayang kepada Umno walaupun bertindak meninggalkan parti itu, sebaliknya beliau berkata tindakan itu dilakukannya kerana cara pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Read more

Azmin tidak akan merayu untuk masuk Sarawak

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan menulis surat rayuan untuk membolehkan beliau memasuki semula Sarawak kerana tindakan itu adalah penghinaan kepadanya selaku ahli Parlimen dan rakyat Malaysia.

Read more

Beri BN peluang di Terengganu, kata Hadi Awang

PAS berpendirian Barisan Nasional (BN) perlu diberi peluang mentadbir Terengganu sehingga habis penggal bagi menyesaikan kesemua kemelut yang melanda parti itu ketika ini, termasuk krisis terbaharu melibatkan menteri besar, Ahmad Razif Abd Rahman, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Read more

Mahkamah arah Afif bayar RM280,000 kepada 4 wakil rakyat BN

Mahkamah Tinggi George Town memerintahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin membayar ganti rugi berjumlah RM280,000 kepada empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana memfitnah mereka berhubung penjualan tanah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Read more

Rayer lepas, bebas tuduhan menghasut

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut dalam ceramahnya di Jalan Delima, Island Glades Jelutong, di sini, dua tahun lepas.

Read more

Tindih kerusi, PKR pilih pandang ke depan untuk PRN Sarawak

Walaupun bertanding menentang satu sama lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, PKR memilih untuk terus bergerak ke hadapan dan tidak mahu isu pertindihan kerusi yang berlaku antara parti itu dengan rakan komponennya dari DAP sebagai penghalang usaha mereka menumbangkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Read more

PAS harap gabenor BNM tegas dalam isu 1MDB

PAS menyuarakan harapan agar Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu dilantik, Datuk Muhammad Ibrahim tegas dalam menyelesaikan kemelut melibatkan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Read more