Politik

Tak pelik PAS pecat ahli, kata Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan tindakan PAS memecat keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan beliau melanggar disiplin parti.

Read more

Mukhriz masih tunggu tindakan Umno

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih menantikan tindakan yang bakal dikenakan Umno terhadapnya susulan terdapat gesaan daripada beberapa pihak yang menggesa parti Melayu itu mengambil tindakan terhadapnya.

Read more

Guan Eng, isteri beri keterangan esok, kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew esok bagi membantu siasatan berhubung pembelian banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, Georgetown.

Read more

Ambil tindakan terhadap pengerusi PAC, kata DAP

DAP mendesak agar Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk tindakan sewajarnya, kerana menyunting laporan PAC berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Read more

Tuan Ibrahim tinggalkan Sarawak hari ini

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan akan meninggalkan Sarawak dengan penerbangan petang ini setelah kebenaran memasuki negeri itu yang diperolehnya hanya sah sehingga hari ini.

Read more

Mukhriz saman fitnah setiausaha akhbar Najib

Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengemukakan saman dan tuntutan ganti rugi kepada Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad kerana didakwa memfitnah dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan juga mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Read more