Pendapat

Autisme

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “ Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin lelaki dan wanita yang mengenai dirinya, hartanya, anaknya (dengan sabar) sehingga ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.”

Read more

Dari flat satu bilik ke jutawan terhebat Singapura

Sam Goi, 64, datang ke Singapura dari China bersama ibu bapanya ketika umurnya baru enam tahun. Kerana kemiskinan, mereka hanya tinggal di flat satu bilik dekat Geylang. Bapanya kemudian membuka kedai runcit. Kerana gagal dalam pelajaran, Sam menolong bapanya di kedai. Di sebelah malam, Sam belajar kemahiran membaiki mesin dan berjaya membuka sebuah kedai sendiri tidak lama kemudian. Setelah beberapa tahun menjalankan kerja membaiki mesin, perniagaannya mula berkembang maju tetapi Sam masih tidak berpuas hati.

Read more

Mudahnya mencipta dosa dan fitnah

Baru-baru ini saya ada menulis kisah sebuah syarikat dari Malaysia yang berjaya melahirkan seorang jutawan kerana kemampuan syarikatnya menghasilkan kondom untuk pasaran antarabangsa. Lebih tepat lagi, syarikat itu kini adalah pengeluar terbesar kondom dunia yang dibuat di kilang mereka yang terletak di Pontian, Johor. Sekaligus kilang itu juga mencipta rekod sebagai kilang penghasilan kondom terbesar di dunia ketika ini.

Read more

Raja kondom, Goh Siang dan kilang kondom terbesar di dunia di Pontian

Kondom ni satu benda yang agak ‘taboo’ bagi masyarakat. Namun tahukah anda, syarikat dan kilang kondom terbesar di dunia adalah terletak di Pontian, Johor. Karex, pengeluar kondom beberapa jenama antarabangsa dan jenama mereka sendiri, Carex, kini adalah penyumbang lebih 15 peratus dalam pasaran kondom dunia dengan menghasilkan lebih 10 juta kondom sehari. Purata pendapat mereka saja lebih RM200 juta setahun!

Read more

Debat

Ketika di bangku persekolahan dulu, aku memang teruja bab-bab bahas, debat, pidato segala macam ni. Selalu jugalah wakil Sekolah Aminuddin Baki ke peringkat zon, peringkat negeri. Kalah ada, menang pun ada. Kalau bercakap bab debat ni, ramai orang keliru – apa maksud debat ni yang sebenarnya?

Read more

Holiday Villa Hotel: Inilah wajah sebenar pemiliknya

Ada yang bertanya pada aku, kenapa aku hanya mengangkat jutawan-jutawan bukan Melayu dalam posting-posting sebelum ini, adakah tiada usahawan bangsa kita yang boleh kita angkat dan jadikan inspirasi? Begini sajalah. Memandangkan hampir kesemua rakan Facebook aku orang Melayu, aku rasa inilah peluang untuk kita kenali mereka yang bukan Melayu kerana tak banyak bahan bacaan bahasa Melayu yang menceritakan perit-jerih usahawan ‘non Malays’ ini, takkan kita kita hanya tahu Vincent Tan dengan Ananda Krishnan sahaja?

Read more

Bonia dan kisah seorang anak penoreh getah

Lebih 60 tahun lalu, seorang penoreh getah di Melaka memperoleh sembilan orang anak termasuk yang sulung bernama Chiang Sang Sem. Disebabkan kemiskinan, Chiang berpindah ke rumah bapa saudaranya di Penang ketika usia baru mececah 15 tahun untuk bekerja kilang beg tangan bapa saudaranya itu. Di situ dia belajar melukis beg, menggunting, menjahit hingga siap sebuah beg tangan dengan upah RM15 sebulan.Kemudian dia merantau ke Singapura pada tahun 1971 dan bekerja membuat beg di sebuah kilang yang lebih besar dengan gaji $60 sebulan.

Read more

Kong Hon Kong… Kesedihan ‘menukarnya’ jadi bilionair

Dia mempunyai seorang ibu mertua yang cukup sayang dan ambil berat mengenai dirinya. Pada tahun 1985, Kong Hon Kong kehilangan ibu mertuanya itu buat selama-lamanya. Sebagai tanda cinta dan kasih pada ibu mertuanya itu, Kong mengambil keputusan untuk mengebumikan si mati di sebuah tanah perkuburan/jirat Cina. Namun dia kecewa apabila jirat itu tidak mempunyai laluan yang sempurna hingga menyebabkan dia terpaksa melangkah kubur-kubur yang ada. Ia juga penuh dengan semak samun dan tidak terjaga.

Read more