Media Cina

Sudah melampau!

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan ketirisan serius dalam Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kerana berlaku pertindihan kerja dengan syarikat-syarikat swasta luar yang dinamakan untuk membangunkan industri pelancongan di negara ini. Kementerian tersebut telah membayar sebanyak sembilan kali ganda kepada syarikat tersebut, walaupun kementerian berkenaan masih menguasai kerja-kerja sebanyak 80 peratus.

Read more

Exco gagal selesaikan isu air jadi pengganti Guan Eng?

Semasa Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 baru-baru ini, KM Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menamakan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai penggantinya. Beliau juga meminta semua perwakilan agar memberikan sokongan kepadanya. Tidak disangka-sangka seorang yang menyebabkan isu air huru-hara boleh menjadi pengganti Ketua Menteri. Nampaknya DAP sudah ketandusan orang.

Read more

Lawatan ke China menghasilkan kejayaan besar

Lawatan rasmi PM kali ketiga ke China sejak mengambil alih sebagai PM pada 2009 dianggap membawa kejayaan besar. Beliau juga mendapat penghormatan yang begitu tinggi daripada Presiden China, Xi Jinping. Dalam lawatan tersebut, kedua-dua pemimpin telah mengadakan beberapa rundingan berasaskan kepentingan dua hala dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan, pembangunan sosial, keselamatan serantau dan lain-lain.

Read more

Kaum dan agama tidak sepatutnya jadi tawaran politik

Buku ‘Frankly Speaking’ yang dikarang oleh Tun Musa Hitam membuatkan penulis berasa mahu mengetahui lebih lanjut mengenai bekas TPM ini. Beberapa wawancara menarik dengan pemimpin yang bersikap liberal dalam kaum dan agama ini dapat ditemui dalam carian laman sesawang. Walaupun beliau seorang yang taat dalam agamanya namun pentadbiran Tun Musa Hitam lebih bersifat liberal. Penulis berpendapat ia lebih realistik dalam kalangan rakyat Malaysia sekarang.

Read more

Subsidi sudah dikurangkan, fikirkan cara untuk ‘ubah’

Harga minyak dunia jatuh, PETRONAS kekurangan wang, kadar pertukaran wang asing tidak bergerak, pasaran saham merosot dan perbendaharaan semakin kesempitan membuatkan kerajaan berasa gelisah. Namun demi tidak menimbulkan panik, pemimpin masing-masing tidak menunjukkan reaksi wajah mereka dan mendakwa semuanya berada dalam kawalan.

Read more

Positif bina ‘Abad Asia’

Lawatan PM Najib ke negara China kali ini adalah bertujuan untuk menandatangani perjanjian dua hala dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam bidang pertahanan, pertanian, pendidikan, ekonomi, percukaian dan lain-lain. Antara perkara utama dalam lawatan tersebut adalah pembelian empat buah kapal perang China.

Read more

Pantau jualan, kawal monopoli

Semasa mengumumkan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), kerajaan memberitahu bahawa subsidi hanya diberikan kepada minyak masak paket satu kilo supaya kekal berharga RM2.50, manakala harga minyak masak dalam botol dan lain-lain akan naik berdasarkan kepada harga pasaran selepas langkah rasionalisasi subsidi bahan tersebut.

Read more

Hentikan politik perkauman zaman Mahathir-Anwar

Ramai ahli politik dalam negara yang sanggup membuat apa sahaja demi mencapai agenda politik mereka. Mereka juga tidak teragak-agak memecah-belahkan keharmonian kaum yang sedia ada. Rakyat yang pernah melalui kehidupan pada era 70-an dan 80-an paling merasainya.

Read more

Jaga sungai dengan baik untuk beri rakyat air bersih

Sejak bulan September sehingga hari ini, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sekurang-kurangnya lima kali sudah berhenti beroperasi kerana pencemaran sungai. Ia menimbulkan masalah ketiadaan air untuk jangka masa yang lama sehingga menjejaskan hampir 350 ribu orang pengguna di empat daerah di Selangor. Penduduk turut mengeluh kerana langkah pengagihan air yang tidak cekap sehingga mengganggu kehidupan mereka.

Read more