Media Cina

Institusi pertama, PM kedua?

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) mengesyorkan agar reformasi sistem politik menjadi agenda utama dalam PRU akan datang. GBM berpendapat setiap parti pada PRU14 perlu berani memberi komitmen untuk membuat pembaharuan dalam institusi politik, menerusi pentadbiran semua peringkat kerajaan, penyeliaan bersama perundangan dan kehakiman, memulihkan demokrasi dan tadbir urus yang baik.

Read more

Perhimpunan PAS rosakkan perpaduan rakyat

PAS akan mengadakan perhimpunan “raksasa” menyokong Akta 355 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2017 dengan mensasarkan lebih 300,000 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli NGO, parti-parti politik dan penyokong parti tersebut.

Read more

Pengasingan kerusi lelaki dan wanita

Sebuah syarikat bas ekspres tempatan yang melarang penumpang lelaki dan wanita yang bukan mahram untuk duduk sekali telah menimbulkan kontroversi hangat. Ramai netizen menggelarkan syarikat berkenaan sebagai ‘bas patuh syariah’ sehinggakan ada yang mahu memboikot syarikat terbabit.

Read more

Chong Sin Woon tanding Parlimen Seremban?

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon bakal mencabar Setiausaha Origanisasi DAP, Anthony Loke? Kampung Baru Nilai adalah kampung halaman Chong Sin Woon dan juga di bawah kawasan Parlimen Seremban. Oleh demikian beliau pasti akan mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan veteran kampung jika bertanding di Parlimen Seremban mencabar Ahli Parlimen, Anthony Loke.

Read more

Adil terhadap pendidikan berbilang kaum

Sebagai salah satu sistem pendidikan negara, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) perlu mendapat peruntukan yang secukupnya seperti yang diumumkan oleh PM Najib menerusi Belanjawan Negara (Bajet). Bagi mengelakkan berlaku masalah dalam pengagihan peruntukan tersebut, kerajaan perlu mempunyai mekanisma yang telus lagi sistematik.

Read more

Masihkah ada ruang untuk PAS di Selangor?

Presiden PAS, Hadi Awang belum berani lagi untuk mengatakan: “PAS dan UMNO akan menubuhkan kerajaan campuran di Selangor selepas PRU14.” Siapa yang begitu berani dan yakin bahawa akan tertubuh kerajaan campuran antara PAS dan UMNO di negeri Selangor.

Read more

Siapa yang lebih pelik?

Sebenarnya wujudkah keadaan nasional yang pelbagai di Malaysia ini? Di mana terdapat budaya yang pelbagai, terbuka dan inklusif. Pada masa yang sama, ada juga yang berfikiran sempit, konservatif dan menyendiri seolah-olah cuba untuk menghakis keindahan masyarakat majmuk. Kita berasa sangat ‘pelik’ apabila melihat orang Muslim makan di restoran Cina di Sabah dan Sarawak namun nenek moyang kita sering beritahu kita bahawa Semenanjung juga begitu cuma jarang dilihat.

Read more

Ubah sikap hadapi masa mendatang

Dalam menghadapi tahun 2017, rakyat dijangka terus berhadapan dengan tekanan harga barang, pengangguran, ketidakstabilan politik, rasuah, perkauman, akta perundangan Islam dan lain-lain. Manakala rakyat juga dijangka akan menghadapi PRU14 pada bila-bila masa. Walaupun tahun baharu ini penuh dengan dugaan dan pancaroba, namun rakyat perlu mengubah sikap dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Read more

Saling hormat menghormati

Baru-baru ini McDonalds telah mengeluarkan arahan supaya kek yang tiada sijil halal tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premisnya. Rata-rata pelanggan mengkritik langkah tersebut dan menyifatkannya sebagai perkara yang tidak munasabah. Walau apapun, semua kek untuk perayaan termasuk jamuan majlis sambutan hari lahir yang ingin dibawa masuk ke premis perlu mempunyai tanda halal JAKIM.

Read more