Media Cina

PAS yang semakin terasing

PAS yang tersisih daripada PH, sukar untuk membangkitkan semula semangat parti itu. Tetapi parti itu masih sombong dan menganggap bahawa apabila mereka berdiri di tengah-tengah antara pembangkang dengan BN, maka parti itu boleh membuat tawar-menawar dan yakin boleh mencapai keputusan yang baik meskipun bertempur sendiri.

Read more

Model ‘dwipakatan’ mati dalam perut

Keputusan Mahathir untuk tidak bekerjasama dengan PAS masih belum diketahui lagi sama ada ia mewakili pendirian muktamad PPBM atau tidak. Lagipun Muhyiddin masih belum bersedia untuk memalingkan mukanya daripada PAS. Melalui ‘sistem dwipemimpin’ yang diamalkan PPBM, kecenderungan untuk berlaku perbezaan pendapat pasti ada. Mungkin kita juga perlu tunggu mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi PPBM untuk mengetahui hala tuju yang lebih jelas.

Read more

Jenaka Mahathir tanding PRU

Bekas Menteri di JPM, Zaid Ibrahim mencadangkan Tun Mahathir bertanding pada PRU akan datang. Ramalan Zaid ialah jika Tun Mahathir bertanding, maka beliau boleh memenangi satu kerusi tradisi kuat UMNO, bagi memberi dorongan kepada pembangkang memecah rekod kejayaan.

Read more

MCA ketinggalan zaman untuk bercakap mengenai perkhidmatan

MCA mendakwa dirinya adalah parti politik yang mempunyai paling ramai ahli Cina namun pada PRU 2008 dan 2013, parti itu menemui kegagalan terutamanya di kawasan majoriti Cina. Selepas PRU 2013, MCA diejek sebagai parti politik ‘7-11’, parti itu juga telah meluluskan usul untuk tidak menyertai Kabinet selepas mesyuarat tergempar (EGM) parti.

Read more

Menang PRU14: PH+ bergantung kepada tiga syarat

Menurut kajian yang Invoke mendapati PH yang dianggotai DAP, PKR dan AMANAH, bersama-sama dengan kekuatan PPBM, mempunyai peluang untuk menumbangkan BN dan mencapai kemenangan “perubahan rejim” sejak kemerdekaan negara.

Read more

Teokrasi menyelubungi politik

Daripada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355, kontroversi McDonald melarang kek tidak halal masuk premis sehinggalah kepada pengharaman lelaki dan perempuan bukan mahram menaiki motor bersama-sama oleh pihak berkuasa, sebenarnya ia bukan sahaja mencerminkan campur tangan satu agama terhadap masyarakat bahkan memaparkan satu trend hubungan rapat antara sistem teokratik dan politik.

Read more

Perhimpunan 18 Februari

Sekumpulan aktivis menggelarkan diri mereka sebagai BEBAS mahu menganjurkan satu perhimpunan balas bagi perhimpunan PAS pada 18 Februari. Tiga anak muda tampil ke depan menubuhkan satu pertubuhan bagi menggalakkan kebebasan agama dan menentang diskriminasi kaum.

Read more

Kendo politik Tun Mahathir

Dalam dunia hari ini, mungkin tiada lagi ahli politik yang sudah berusia lebih 90 tahun yang masih mahu merancang untuk menumbangkan kerajaan yang pernah sealiran dengannya. Cuma hanya seorang, iaitu Mahathir.

Read more

Hati rakyat sukar diramal

Rafizi Ramli berkata sokongan kaum Melayu kepada UMNO berlaku penurunan dan merupakan kali kedua penurunan sehingga 41 peratus selepas tahun 1990. Bagaimanapun pakar ekonomi terkenal, Jomo Kwame Sundaram pula dengan beraninya meramalkan bahawa PRU14 akan jatuh pada bulan April dan BN masih lagi pemenang.

Read more