Media Cina

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

Jika Malaysia tukar PM, nescaya Tun Mahathir kini sedang duduk membuat pengiraan nasib Najib. Nombor yang dibuka oleh Mahathir berdasarkan kepada pakatan besar pembangkang kini mempunyai 76 kerusi Parlimen, maka masih perlu meraih 36 kerusi, lebih separuh daripada majoriti mudah untuk memerintah Pusat.

Read more

“Tugasan besar” DAP

Lim Kit Siang, Teresa Kok dan Tony Pua berkata meskipun ada sebilangan kecil dalam parti yang membantah, demi keadaan keseluruhan maka DAP bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir, dan demi menyelamatkan negara, parti itu juga bersedia untuk bekerjasama dengan PPBM. Adakah benar hanya sebilangan kecil sahaja yang membantah? Ramkarpal Singh adalah salah seorang daripadanya.

Read more

Hadi Awang “Man of the year”

Jika hendak dikatakan 10 tahun kebelakangan ini, individu yang banyak mempengaruhi perjalanan politik Malaysia tidak lain tidak bukan adalah Penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Read more

Tidak “U-Turn”

Pemimpin vateran DAP, Lim Kit Siang berkata boleh bekerjasama dengan Presiden UMNO, Najib asalkan ia boleh menyelamatkan negara. Sesetengah orang berfikir ia harus dilakukan tetapi ada juga yang berpendapat tiada keperluan tersebut. Bagi menyelamatkan nama baik negara daripada terus dianggap sebagai pencuri, Lim Kit Siang telah menyatakan kesediaanya untuk bekerjasama dengan Najib.

Read more

Bermain dengan api, siapa akhirnya yang terbakar?

Jika UMNO dalam pindaan Akta persendirian 355 “membuat konsensus” kepada Presiden PAS, Hadi Awang, termasuklah bercadang melalui pindaan akta ini memenangi hati PAS, selangkah lagi untuk memecahbelahkan kem pembangkang, maka separuh matlamat UMNO sudah tercapai.

Read more

Sesiapa sahaja boleh jadi TPM

Selepas parti pemerintah, pembangkang dan tokoh-tokoh politik selesai pertikaian mengenai calon PM, kini bergaduh pula mengenai jawatan TPM. Jika ahli-ahli politik tidak letih, rakyat pula semakin bosan dengan pertikaian yang tiada berkesudahan ini.

Read more

Pentas politik berubah

Selepas PR runtuh, perpecahan pembangkang begitu ketara sekali. Menonton perubahan trend dan perkembangan politik pembangkang seperti menonton pementasan teater. Umum mengetahui bahawa keruntuhan PR semuanya adalah kerana muncul pertikaian kerjasama antara DAP, PAS dan PKR. Maka lahirlah PH gabungan AMANAH, DAP dan PKR dan ditambah pula dengan PPBM.

Read more

Drama politik yang pelik

Politik negara kita masih lagi huru-hara meskipun sudah memasuki tahun baharu. Kejutan terbaru adalah mengenai kenyataan ‘kerjasama’ pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang. Di hadapan kita, Lim Kit Siang menyatakan “mahu membincangkan kerjasama bersyarat dengan PAS’, di belakang kita pula beliau mendakwa “jika dapat membersihkan nama negara, dirinya bersedia untuk membincangkan kerjasama dengan GERAKAN dan MCA”. Percakapan Kit Siang ini hakikatnya menyentak orang ramai terutamanya penyokong tegar DAP yang kelihatan marah mendengarnya!

Read more

Pengaruh undi Cina

Semasa mengadakan sidang akhbar, Presiden MCA, Liow Tiong Lai memandang berat mengenai hala tuju pengundi Cina. Beliau bimbang pengundi Cina masih tidak menyokong BN menyebabkan kedudukan negara menuju ke arah pemerintahan satu kaum yang mana kemungkinan UMNO dan PAS akan bekerjasama menerajui kerajaan.

Read more

Malaysia sekali lagi bermain dengan ‘kad China’ selepas 43 tahun

Isu yang sedang hangat diperbualkan hari ini ialah berhubung kedatangan pelabur China di Malaysia sehingga membawa kepada pertikaian antara parti pemerintah dan pembangkang. Dalam hal ini, Penasihat PPBM, Mahathir Mohamad mengecam pelabur China yang akan mengancam kedaulatan negara, namun hujah tersebut telah disangkal oleh Sultan Johor sehingga membawa kepada perdebatan antara kedua-dua pihak di dalam akhbar The Star. Nampaknya isu pelaburan China di Malaysia akan terus merebak malah akan menjadi isu utama pemerintah dan pembangkang pada PRU akan datang.

Read more