Jenayah

Bekas pegawai KPWKM dijel tiga tahun dan denda RM9.2j

Bekas pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dipenjara tiga tahun dan denda RM9.2 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Rabu atas tujuh pertuduhan meminta dan memperoleh suapan bagi projek kemasyarakatan kerajaan melibatkan RM18,596,628 juta.

Read more

Kumpulan bersenjata culik, rompak dua kapal nelayan

Sekumpulan lelaki bersenjata menculik seorang pemilik kapal pukat tunda warga tempatan dan merompak anak-anak kapalnya berhampiran perairan Pulau Gaya, Semporna sebelum melakukan satu lagi rompakan di sebuah kapal nelayan di perairan Tungku, Lahad Datu malam Selasa.

Read more

Pemuda, abang ipar dicekup seludup dadah

Polis menahan seorang lelaki dan abang iparnya warga Indonesia serta merampas dadah jenis syabu seberat lapan kilogram bernilai RM1.2 juta kira-kira dua kilometer dari pesisir Pantai Kukup, Pontian pada Selasa.

Read more

Tujuh pasangan ditahan kerana khalwat

Seramai 14 orang terdiri daripada tujuh pasangan lelaki dan wanita ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu operasi bersepadu di tiga hotel bajet berasingan di sekitar ibu kota, di Kuala Lumpur pada Selasa.

Read more

Tian Chua dijel, denda

Naib Presiden PKR, Tian Chua dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Rabu selepas didapati bersalah atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, tiga tahun lalu.

Read more