Sorok minyak masak, peruncit di Langkawi dikenakan tindakan
Seorang pengusaha kedai runcit menjadi individu pertama di Langkawi dikenakan tindakan kerana menyembunyikan minyak masak apabila barangan keperluan seberat 885kg yang bernilai RM2,232 itu dijumpai disembunyikan di premisnya di Kuah, pada Sabtu.