4 suspek seludup pistol direman seminggu
Empat orang termasuk dua wanita yang ditahan di pekan Changlun, Ahad lalu selepas didapati cuba menyeludup sepucuk pistol, direman sehingga Ahad ini.
Empat orang termasuk dua wanita yang ditahan di pekan Changlun, Ahad lalu selepas didapati cuba menyeludup sepucuk pistol, direman sehingga Ahad ini.
Pengawal peribadi yang menembak mati majikannya diarah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sementara menanti sebutan semula kes bunuh terbabit.
Mahkamah Persekutuan pada Rabu menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kira-kira 300 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya sejak pukul 8 pagi bagi menunggu keputusan semakan mengenepikan sabitan dan hukuman kes liwat yang dihadapi bekas ketua pembangkang itu.
Setelah hampir lima bulan diburu, polis akhirnya berjaya memberkas seorang lelaki berpangkat Datuk yang menjadi dalang utama kes tembak mati Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong pada Jun lalu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dan membekukan aset berjumlah RM185,962,819 dari 2014 hingga November lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.
Seorang penternak ayam telah ditahan polis kerana memukul isterinya dengan tali pinggang dan rotan di Kampung Jagus Lambir, Miri pada Isnin.
Sebuah bot yang dinaiki sembilan kaki pancing dan tiga anak kapal dilaporkan hilang di sekitar Pulau Mantanani, Kota Kinabalu sejak lebih 24 jam lalu ketika sedang dalam misi memancing.
Seorang lelaki cedera akibat dipukul orang awam ketika cuba melarikan diri selepas disyaki merakam video bahagian punggung seorang gadis menggunakan telefon bimbit.
“Jangan cetuskan spekulasi dan andaian kemalangan di LPT 2 semalam (Ahad),” kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Ir Rosli Othman.