PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta
Kerajaan telah membelanjakan RM135.6 juta untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bulan lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Kerajaan telah membelanjakan RM135.6 juta untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bulan lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Timbalan Ketua Menteri II Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing menegaskan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mempunyai kuasa mutlak melantik sesiapa sahaja sebagai timbalan ketua menteri dan anggota Kabinetnya.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai tanda terima kasih kepada pengundi kerana memberi kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional (BN) Dr Abdul Rahman Junaidi.
Berikut adalah senarai Kabinet Sarawak 2016-2021 yang akan mengangkat sumpah jawatan petang esok di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak.
PKR hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa ‘postmortem’ bagi mengenal pasti punca kekalahan teruk pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11).
Tan Sri Adenan Satem akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak sekitar jam 10 malam nanti di Astana Negeri.
PKR dan DAP tewas di semua kerusi DUN yang menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri menentang Barisan Nasional dan bebas.
Barisan Nasional kekal menerajui kerajaan negeri Sarawak selepas mendapat majoriti mudah dengan memenangi 42 kerusi DUN pada jam 8.40 malam tadi.
Proses pengiraan dan penjumlahan undi sedang berlangsung sekarang bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) sebaik sahaja kesemua 1,754 pusat pengundian ditutup tepat 5 petang.
Koridor Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, yang dijadikan pusat mengundi runtuh menyebabkan seorang pengundi cedera ringan, pagi ini.