Cara-cara ganti Galaxy Note7 di Malaysia

Samsung mengenalpasti masalah ini mungkin berpunca dari bateri, dan telah memanggil semula semua Galaxy Note7 yang telah dijual. Samsung Malaysia juga telah menyatakan kesediaan untuk menggantikan unit yang telah dijual, dan memberikan panduan kepada pemilik Galaxy Note7 di Malaysia.

Sebelum itu, pastikan Galaxy Note7 yang dimiliki adalah set rasmi Malaysia. Set ini telah dimiliki oleh beberapa pengguna yang membuat tempahan hari pertama di laman Samsung Malaysia, atau rakan sah seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Yes, Courts dan Senheng sahaja.

Program pertukaran Galaxy Note7 di Malaysia ini akan bermula dari 29 September, dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Pemilik perlu pergi ke tempat asal pembelian untuk memulangkan dan menukar Galaxy Note7 ke unit yang baru.

Program pertukaran ini juga memerlukan pengguna memulangkan seluruh aksesori di dalam kotak seperti kabel USB-C, fon kepala, pengecas dan adaptor USB. Sebelum pergi, pengguna digalakkan membuat salinan fail di dalam peranti sendiri, kerana ia tidak akan disalin oleh tempat pemulangan.

Jadi, nak buat apa dengan Galaxy Note7 sebelum 29 September ni? Memandangkan hanya 0.0024% unit di seluruh dunia yang terkesan dengan masalah bateri ini, tidak perlu risau ia akan berlaku kepada anda. Bagaimanapun, kebanyakan masalah dilaporkan berkaitan mengecas, adalah lebih baik telefon itu tidak ditinggalkan tanpa pemantauan semasa mengecas.

Walaupun Galaxy Note7 anda kelihatan tidak bermasalah langsung, adalah lebih baik anda menukarkannya kepada unit baru untuk mengurangkan kerisauan di masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman program penggantian Galaxy Note7 Malaysia, atau hubungi Samsung Malaysia Careline di talian 1800-88-7799. – The Skop

Related posts

Masalah bateri punca Galaxy Note 7 terbakar – Samsung

Tisu tandas untuk telefon pintar di Jepun

Pembeli Note 7 saman Samsung