Calon PKR ‘hilang’ di Bukit Sari

Pengarah Operai Bilik Gerakan Utama Pilihanraya Negeri Sarawak, Ismail Yusop mengakui ianya kecuaian daripada Jawatankuasa Pilihanraya Sarawak dan memohon maaf atas kesilapan tersebut.

“Parti Keadilan Rakyat merakamkan kekesalan yang mendalam ke atas dua kerusi yang dimenangi pihak Barisan Nasional tanpa bertanding, iaitu N82 Bukit Sari.

“Calon N82 Bukit Sari tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Calon BN, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan diisytharkan menang tanpa bertanding untuk kerusi Bukit Sari selepas tamat tempoh penamaan calon di Lawas dekat sini hari ini.

“Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Displin,” kata Ismail.

Mengulas mengenai penamaan calon PKR di Pantai Damai yang dibatalkan, Ismail berkata ianya berpunca daripada status calon yang muflis kerana menjadi penjamin pinjaman.

“Parti akan meneliti semula proses penyemakan calon,” katanya.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai