Calon PKR hanya muncul waktu pilihan raya

Morni ketika ditemui pemberita berkata, sepanjang beliau bersama dengan PKR, parti itu hanya berjuang demi kepentingan peribadi dan bukannya untuk memperjuangkan nasib rakyat.

“Lebih sepuluh tahun saya menyokong Keadilan, Keadilan tidak pernah pandang kepada rakyat. Jadi sekarang saya terpaksa keluar daripada Keadilan.

“Orang yang jadi calon pun macam tidak tahu apa perjuangan Keadilan sebab tidak ada perjuangan untuk rakyat. Mereka hanya berjuang untuk peribadi sahaja. Jadi rakyat dia tidak peduli. Buat apa kata kita hendak menyokong lagi.

“Kita mahu pembangunan masuk Sarawak, tolong rakyat yang miskin tetapi Keadilan masa mengundi pilihan raya sahaja sampai (datang). Macam kita ini di sia-siakan,” katanya.

[iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/Jv0SPiMmSEo” frameborder=”0″ allowfullscreen ]

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai