Calon DAP, Abdul Aziz bukan cicit Tun Rahman

Abdul Aziz merupakan cicit kepada kakak Abdul Rahman, yang sudah meninggal dunia, menurut cicit saudara perempuan negarawan terbilang itu.

“Aziz adalah anak saudara saya daripada adik kepada arwah Tun Abdul Rahman.

Saya ingin menjelaskan bahawa kita tidak mahu sebarang kekeliruan mengenai fakta latar belakang keluarganya,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

“Biar apapun, beliau masih merupakan anggota keluarga yang besar,” katanya.

Aziz, 26, yang hangat diperkatakan sebagai keturunan Abdul Rahman, dicalonkan untuk kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan di Kota Samarahan.

Beliau merupakan pembantu khas kepada Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Aziz akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ali Mahmud, yang juga datuk saudaranya dan juga adik kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud. – Bernama

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai