Calon bebas, Syed Rosli hanya perjuangkan kepentingan peribadi

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata niat sebenar keputusan yang dibuat oleh Pemuda UMNO itu tidak jelas dan kemampuannya untuk menjadi ahli Parlimen bebas untuk memperjuangkan isu rakyat juga dipersoalkan.

“Bila bertanding, kita bukan memperjuangkan kepentingan soal peribadi. Apa matlamat dia nak bertanding? Kerana protes dan sebagainya ke?

“Dia tidak wajar disokong rakyat Kuala Kangsar kerana yang nak dipilih nanti merupakan wakil kita. Beliau yang akan bawa suara kita ke Parlimen.

“Calon-calon seperti ini dia berjuang untuk apa, dia bertanding untuk apa? Adakah dia benar-benar boleh berkhidmat untuk rakyat? Saya rasa tidak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Ibu Tunggal Kuala Kangsar, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pemuda UMNO, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang mengumumkan di media sosial bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Parlimen Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 18 Jun depan.

Syed Rosli menyatakan beliau kecewa dengan keputusan Barisan Nasional (BN) berhubung pemilihan calon yang menamakan Datin Mastura Mohd Yazid, balu ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, sebagai calonnya pada PRK itu.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang