Cadangan tembak penagih, pengedar dadah tidak sesuai

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan yang diutarakan oleh Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin ketika membahaskan Rang Undang-undang Antidadah Kebangsaan 2016 di Dewan Rakyat semalam.

“Kita tidak boleh emosi dalam memberi apa-apa pandangan ataupun mengambil apa-apa tindakan.

“Tindakan itu tidak sesuai kerana ia tidak mengikut undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Dalam majlis itu, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman menggantikan Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim yang akan bersara wajib sebagai Pengarah KDNKA, esok.

Sementara itu, Khalid memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap penjawat awam termasuk anggota polis yang terlibat dalam sebarang aktiviti penyeludupan manusia.

“Operasi akan diteruskan dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak mahupun sindiket terlibat,” katanya.

Amaran itu dikeluarkan beliau ketika diminta mengulas mengenai kejayaan polis menumpaskan sindiket pemalsuan Pasport Malaysia pada 6 Mei lepas yang menyaksikan seramai 19 individu termasuk dua pegawai Jabatan Imigresen ditahan.

Siasatan polis mendapati sindiket itu cuba menyeludup warga Sri Lanka ke Geneva, Switzerland dengan bayaran RM60,000 seorang. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia