Cadangan hukuman sebat pegawai perkhidmatan awam terbabit rasuah

Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dalam kenyataan pada Selasa berkata amalan rasuah yang melibatkan jumlah wang yang besar dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam sangat membimbangkan dan merosakkan reputasi perkhidmatan itu serta negara.

Menurut kenyataan itu, pegawai perkhidmatan awam yang telah diamanahkan sepatutnya tidak menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk mengkhianati dan melakukan pecah amanah.

“Perlu diambil perhatian bahawa terdapat negara-negara yang menjatuhkan hukuman mati kepada pegawai-pegawai kanan pekhidmatan awam yang didapati bersalah melakukan rasuah, terutamanya yang memegang jawatan kanan,” katanya menerusi kenyataan, Selasa.

Justeru Alumni PTD meminta pihak berkuasa dalam perkhidmatan awam meningkatkan penerapan etika dan integriti supaya ia menjadi sebahagian daripada budaya penjawat awam. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia