Buli jalanan: Lelaki fitnah Nazir mohon maaf

Nazir dalam satu kenyataan berkata, beliau bersyukur kerana fitnah yang dilontarkan terhadapnya itu sudah terjawab dan beliau berada di pihak yang benar.

“Akhirnya… individu yang telah memfitnah saya tempohari dan yang telah menjadi bahan diviralkan oleh pelbagai pihak, hari ini telah memohon maaf atas kesilapannya dan perkara ini saya anggap selesai.

“Saya bersyukur perkara ni tidak berpanjangan dan saya harap ini satu pengajaran bagi semua netizen agar tidak melulu dan terus mengambil tindakkan undang-undang ditangan sendiri.

“Saya mengambil pendekatan bermaaf-maafan dan berjiwa besar walaupun saya dimaki hamun, dicerca dengan seteruk-teruknya, namun semuanya itu satu ujian dalam menempuh jalan yang dipilih,” katanya.

Tambah Nazir lagi, beliau turut memaafkan mereka yang mengkritik beliau sekeluarga rentetan daripada fitnah itu.

Seorang pemilik akaun Facebook sebelum ini mendakwa sedang memandu di Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR2) bersama keluarga dan hampir terbabit kemalangan apabila kereta yang didakwa milik Nazir bertindak menghalang keretanya dan berlagak seperti pembuli jalanan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia