Bukan semua Cina sokong DAP – Presiden PAS

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengumumkan calon tempatan dalam masa terdekat dan tidak risau kepada pertandingan sesama pembangkang menentang Barisan Nasional.

Malah, Abdul Hadi juga menegaskan PAS mampu mengulangi prestasi di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu walaupun tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP yang mendapat sokongan masyarakat Cina, PKR dan Amanah.

“Itu menjadi ukuran sejauh mana kaum Cina menerima gelombang (kita). InsyaAllah.

“Bukan semua Cina sokong DAP,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan PKR juga akan meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar, Abdul Hadi menegaskan ianya tidak akan menjejaskan kerjasama kedua-dua parti itu di Selangor.

“(Walau PKR letak calon di Sungai Besar) PAS tetap jalin hubungan dengan PKR,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri