Bukan saya penulis dan penerbit buku ’50 dalil’ – Khairuddin

Dakwaan beliau sebagai penulis dan penerbit buku tersebut tidak benar kerana sehingga kini bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap dirinya.

“Bukan saya penulis dan penerbit buku itu.

“Tengok siapa penerbit dan penulis buku itu, sehingga ke hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tak pernah ambil apa-apa tindakan ke atas diri saya,” katanya dalam Forum ‘Deklarasi: Mana Pergi Rakyat’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Kenyataan Khairuddin itu menimbulkan persoalan apabila beliau sendiri sebelum ini mengaku bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin PAS untuk menghasilkan buku tersebut.

Khairuddin sebelum ini mendakwa pada 1998, beliau bersama bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar telah berpakat menghasilkan buku itu.

“Saya berani bersumpah Wallahi Wabilahi Watallahi orang yang bersekongkol dengan saya pada 1998 bagi menerbitkan buku itu ialah bekas Presiden Pas, Mahfuz dan Mat Sabu.

“Ini tiga pemimpin Pas yang bergabung dengan saya bagi menerbitkan buku 50 dalil melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan,” katanya.

“Saya membesar dengan Anwar sebab itu dalam isu ini orang yang harus dipersalahkan ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad sebab dari 1997 dan 1998 kita terangkan kepada beliau siapa sebenarnya Anwar Ibrahim tetapi malangnya Dr. Mahathir begitu sayang dan ketepikan semua pemimpin UMNO semata-mata untuk memartabatkan Anwar sebagai pengganti beliau.

“Sebab itu saya pikul perjuangan ini sebagai fardu kifayah kerana Dr. Mahathir tak mahu mempercayai Anwar berperangai sedemikian rupa. Sebab itu saya terbitkan buku 50 Dalil yang ditulis Datuk Khalid Jafri Bakar Shah,” ujarya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri