Bukan saya disiasat SPRM, kata Idris Haron

Sebaliknya, kedatangan SPRM itu adalah bagi melengkapkan siasatan kes melibatkan salah laku beberapa pegawai di jabatan itu sebelum ini.

Jelasnya, kenyataan beliau diperlukan bagi membantu siasatan kes melibatkan beberapa pegawainya dan pihaknya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

“Bukan saya yang disiasat, sebaliknya kedatangan SPRM semalam untuk mendapatkan maklumat dan bagi menyempurnakan siasatan kes salah laku beberapa pegawai.

“Kalau saya yang disiasat, lain macam (cara) SPRM datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Amanat Ketua Menteri 2017 kepada ketua-ketua jabatan negeri di sebuah hotel di Melaka pada Selasa.

Beliau ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mengenai tindakan sepasukan anggota SPRM mengambil keterangan ketua menteri itu selama beberapa jam di pejabatnya di Seri Negeri petang Isnin.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri