Bukan kuasa Najib respon Jho Low tidak dipanggil PAC, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, PAC adalah sebuah jawatankuasa bipartisan yang ditubuhkan di bawah Peraturan 77 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“PAC adalah jawatankuasa bipartisan yang ditubuhkan mengikut Peraturan 77 (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Justeru, bukan bidang kuasa eksekutif untuk memberi maklum balas berkaitan perkara ini,” kata Azalina dalam jawapan bertulis di Parlimen, pada Selasa.

Azalina berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang meminta perdana menteri menyatakan mengapa Jho Low tidak dipanggil untuk memberi keterangan kepada PAC mengenai 1MDB walaupun beliau diakui sebagai penasihat syarikat itu dalam laporan PAC.

Jho Low merupakan Penasihat Khas Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya dinamakan semula sebagai 1MDB.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri