Bukan derhaka, tapi prinsip – Syed Saddiq

Tegas dengan pendiriannya, Syed berkata pandangan yang dikemukakan berhubung larangan demonstrasi di Johor dilakukan atas dasar prinsip.

“Saya bukan penjilat atau pun penderhaka, saya berprinsip. Bila saya menulis surat memuji tindakan Sultan dan TMJ (Tunku Mahkota Johor) kerana lantang bersuara menentang rasuah, saya dipanggil penjilat.

“Malangnya, orang sama yang sebelum ini memanggil saya penjilat, sekarang ini memanggil saya penderhaka kerana berbeza pendapat dengan Tuanku,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis akan mengambil keterangannya dalam siasatan berhubung kandungan surat terbuka berkenaan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Syed Saddiq sebelum ini memuat naik di laman Facebooknya, antara lain dikatakan mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas, memetik mStar Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia