Budi lancar ‘Ikrar Budiman’

Dalam sidang media hari ini di Pusat Operasi BN di Pasir Panjang, Budiman melancarkan ‘Ikrar Budiman’ yang merupakan aku janji dalam usaha untuk terus berkhidmat membantu rakyat.

Tanpa mengira kaum, keturunan dan latar belakang politik, Ikrar Budiman yang menekankan tiga aspek utama itu kata Budiman diharap dapat membantu menyelesaikan segala permasalahan penduduk kawasan Sungai Besar.

Jelas Budiman, sebagai wakil rakyat, beliau akan memastikan tanggungjawabnya sebagai perantara penduduk dan Kerajaan Persekutuan digalas sebaiknya dengan setiap rintihan penduduk diberikan keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya juga akan memastikan setiap dasar, inisiatif dan bantuan Kerajaan Persekutuan akan dilaksanakan dan dinikmati oleh setiap penduduk di Sungai Besar,” katanya.

‘Ikrar Budiman’ menggariskan tiga pendekatan utamanya iaitu 1 Keluarga 1 Mahasiswa, meningkatkan taraf ekonomi dan memperkenalkan Sungai Besar sebagai ekopelancongan.

Related posts

Jangan keterlaluan memuji saya – Budiman

Tiada sabotaj dalam BN kunci kemenangan besar

PAS harap undi protes untuk menang