Budak usia 2 tahun jatuh, maut dilanggar kereta lain

Dalam kejadian 8.20 malam itu, mangsa, Goh Hao Zheng Jayden, 2, meninggal dunia dalam perjalankan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dari arah Desa Cemerlang ke Plentong itu membuat pusingan U.

“Ketika membuat pusingan U, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang terjatuh dari kenderaannya selepas pintu kereta itu terbuka.

“Selepas terjatuh, mangsa kemudian dilanggar pula kereta lain dari arah yang sama,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, sebelum disahkan maut ketika dalam perjalanan.

Menurut Jokhiri, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, memetik laporan Harian Metro.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia