Buang masa pembangkang tagih khidmat PSM pada saat akhir

Ahli Majlis Tertinggi PSM, Arutchelvan berkata PSM kini tidak berminat untuk menyertai PH.

“Kami tidak perlu menyertai Pakatan Pembangkang yang tidak mempunyai pendirian dan prinsip tetap dalam politik mereka.

“Kami tidak memerlukan kerjasama pembangkang dan perkara itu tidak pernah terlintas dalam fikiran PSM sehingga kini.

“Dan saya ingin tegaskan wahai pembangkang jangan mendekati kami dan ketagih khidmat PSM dengan niat begitu (kerjasama),” katanya.

Walau bagaimanapun beliau berkata, pihaknya sedia mempertimbangkannya jika menerima panggilan untuk menubuhkan satu pakatan yang kuat demi kesejahteraan dan kemajuan rakyat dan negara sahaja di masa akan datang.

Beliau mengulas mengenai pakatan harapan yang menjalin kerjasama dengan PPBM menjelang PRU-14.

“Pakatan itu kelihatan tidak bergitu berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain.

“Seperti parti lain di Sabah dan Sarawak yang sentiasa berjuang untuk rakyat, saya tidak merasakan PH mempunyai prinsip seperti itu ketika ini dan ia hanya akan mendatangkan bahaya kepada PH.

“Setakat ini tiada panggilan diterima untuk membentuk pakatan, saya tidak boleh komen sama ada penggilan itu akan datang atau sebaliknya selepas ini.

“Sekiranya panggilan itu diterima ia hanyalah suatu isyarat yang agak terlambat dan panggilan pada saat terakhir tidak akan diterima PSM kerana kami hanya bersedia untuk memperjuangkan masalah rakyat dengan satu prinsip sahaja,” katanya.

Ujarnya, pihak PSM tidak boleh menerima hakikat bahawa dalam PH hanya satu parti sahaja yang dilihat berkuasa membuat keputusan mengenai parti mana boleh diambil untuk bekerjasama dan sebaliknya.

Perkara berkenaan disifatkan beliau sebagai tidak adil. – Tamil Nesan.

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal