Perdana Menteri Theresa May juga dijangka menggubal Perkara 50 daripada Perjanjian Lisbon, sekali gus memulakan pengunduran dalam tempoh dua tahun dari blok EU.
Bagaimanapun, Theresa mungkin terpaksa menangguhkannya kerana Brexit baharunya itu dan jabatan perdagangan antarabangsa dipercayai masih belum bersedia sepenuhnya.
Menurut sumber, Britain tidak mempunyai infrastruktur yang diperlukan, selain tidak tahu untuk bertanya soalan yang betul semasa mereka memulakan proses rundingan dengan Eropah.
“Menteri sedang memikirkan Perkara 50 yang mungkin ditangguhkan sehingga musim luruh tahun depan. Rundingan tidak boleh dilakukan sekiranya anda tidak tahu dengan siapa sedang anda berunding,” kata sumber itu.
Pada 23 Jun lalu, 52 peratus atau 17.4 juta rakyat Britain mengundi untuk meninggalkan EU selepas 43 tahun menjadi anggota blok tersebut.
Keputusan undi menimbulkan kekacauan politik di Britain dan menjejaskan ekonomi serta pasaran kewangan global. – Sinar Harian