Brad Pitt disiasat isu dera anak

Menurut laman berita hiburan TMZ, Jabatan Polis Los Angeles telah mula menjalankan siasatan terhadap Pitt setelah menerima aduan mengenai penderaan kanak-kanak oleh individu tidak dikenali daripada Jabatan Kanak-kanak dan Khidmat Keluarga LA County.

Berita itu tersebar beberapa hari selepas aktres terkenal, Angelina Jolie memfailkan perceraian daripada Pitt dan menuntut hak penjagaan keenam-enam anak mereka.

Menurut sumber yang tidak dikenali memberitahu kepada pihak berkuasa bahawa Pitt mula meninggikan suara dan mendera secara fizikal anak-anaknya di dalam sebuah jet peribadi sebelum ini.

Perpisahan antara kedua-dua bintang terbesar dunia hiburan itu mengakhiri Brangelina, salah satu pasangan selebriti berprofil tinggi di Hollywood.

Pasangan itu telah berkahwin pada Ogos dua tahun lalu, namun mula menjalinkan hubungan sejak 2004.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata kandung dan tiga anak angkat bersama. – AFP

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran